|
|
|
RINGKASAN
: Malaysia
akan menjadi pusat makanan halal dunia. Matlamat kerajan Malaysia mengorak
langkah kearah tersebut adalah untuk menaikkan taraf ekonomi pengusaha-pengusaha
makanan halal tempatan dan menyakinkan pengguna bahawa makanan yang dikeluarkan
adalah bersih, selamat dan halal. Situasi ini ditambah dengan kehadiran
masyarakat islam yang sentiasa bertambah dari luar negara yang menjalankan
aktiviti perniagaan dan pelancongan dinegara ini. Dengan
itu, pengusaha-pengusaha makanan tempatan seharusnya mengambil peluang tersebut,
disamping membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat ekonomi negara. Malaysia
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya masyarakat majmuk,
kita dapat lihat terdapat berbagai jenis makanan yang lazat dan menarik.
Dimana-mana, kita dapat lihat para peniaga dan pengusaha-pengusaha makanan halal
dikunjungi para pelanggan yang masing-masing mempunyai citarasa berlainan. Tak
kira ditepi jalan atau di restoran-restoran serta bistro café. kesemua
para peniaga serta para pengusaha makanan menjalankan urusniaga secara tunai. Para
peniaga dan para pengusaha makanan halal sentiasa bertambah. Keadaan ini
membentuk satu pesaingan yang sehat. Namun,
dengan kepadatan penduduk Malaysia berjumlah melebihi 22 juta orang, barangpasti
kehadiran para peniaga dan pengusaha makanan halal masih kecil lagi. Salah satu
faktor adalah majoriti daripada mereka terdiri daripada golongan peniaga
dan pengusaha makanan kecil yang tidak bertahan lama serta tenggelam
timbul . Bestmas
Pastry Trading yang mengusahakan makanan halal pau dan dim sum bernasib baik
dapat mengharungi onak dan duri didalam pasaran tempatan. Faktor utama adalah
kerana majoriti masyarakat tempatan dapati produk yang dikeluarkan adalah sedap
, mengenyangkan dan berkhasiat. Pau dan dim sum boleh dikukus ataupun di goreng
terpulang kepada citarasa para pelanggan. Kebanyakkan para pelanggan kami
terdiri dari kaum melayu, India muslim dan cina. Diantara
pelanggan kami adalah seperti berikut ABC food corner; Bistro Darul Salam di
Nilai;Restoran Arang ; FAMA ; Felda d’Saji ; sekolah-sekolah kerajaan ; UIA
Gombak, Hospital Assunta ; Hospital Tawakkal ; Tabong Haji ; RHB Bank kart Food
; Only Mee dan banyak lagi. Pihak kami mengundang sesiapa berminat untuk menjadi pengedar Bestmas ataupun mengeluarkan produk ‘rebrand ‘.
PENGENALAN
Bestmas Pastry Trading telah diasaskan pada bulan
oktober 2004. Matlamat penubuhan syarikat ini adalah untuk menyahut seruan
kerajaan supaya mengusahakan makanan halal. Ini adalah kerana terdapat kurangnya
penyertaan makanan halal didalam pasaran yang sedia ada. Bestmas
Pastry Trading mengeluarkan dan memasarkan pau dan dim sum di dalam pasaran
tempatan. Disamping itu, pihak kami juga membekalkan dim sum kepada makanan
franchise Only Mee dan kumpulannya di lembah klang, Genting highland dan Johor
Baru. Bestmas juga mengeluarkan produk dim sum yang di
pasarkan oleh Kart Frozen Food (Rebranding) di pasaraya-pasaraya tempatan. VISI
BESTMAS PASTRY TRADING
Sesuai dengan slogan “
Best in quality and service” ,
pihak kami akan memastikan pengeluaran makanan halal dan servis pemasaran yang terbaik di dalam pasaran tempatan
dan luar negara. MISI BESTMAS PASTRY TRADING
Dalam merealisasikan hasrat dan kejayaan syarikat, berikut adalah misi-misi yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan kanan Bestmas Pastry Trading.
SEGMEN PASARAN
Bestmas Pastry Trading fokus kepada segmen pasaran pau dan dim sum yang sederhana. Segmen ini, mempunyai golongan pembeli yang ramai, disamping memperkenalkan makanan dim sum halal kepada mereka yang beragama islam. Mutu produk dihasilkan sebaik mungkin untuk mengekalkan kualiti. Penjualan dijalankan secara tunai kecuali projek terdapat terma pembayaran pada satu jangkamasa yang ditetapkan serta dipersetujui bersama. STRATEGI PEMASARAN
Strategi pemasaran kami adalah seperti berikut :
SASARAN PASAR
Sasaran pasar untuk produk pau dan dim sum terbahagi kepada
pengeluaran serta pembekalan untuk pasaran domestik dan pasaran luarnegara.
Pasaran Domestik
Pasaran
Luarnegara
KESIMPULAN
Pasaran pau dan dim sum adalah satu pasaran luas.
Namun, pasaran ini adalah pasaran yang memerlukan pemasaran agresif terutamanya
menghadapi persaingan dari pengeluar pau dan dim sum yang lain. Selain harga,
khidmat sokongan pelanggan yang baik memainkan peranan didalam mengekalkan
pengedar didalam pasaran tempatan. Bagi menghadapi perkara ini, pengedar
seharusnya peka dengan pasaran sekelilingnya. Kegagalan pengedar didalam
mengekalkan prestasi servis barangpasti akan menjadi penyebab utama, pengedar
kehilangan pelanggan.Hal ini akan menyebabkan jualan pengedar jatuh. Tidak dinafikan pasaran tempatan tidak sukar mendapat
pelanggan baru. Situasi ini memberi peluang kepada pengedar meluaskan pemasaran
dengan melaksanakan pemilihan pelanggan “high volume” yang mana secara
langsung memaksimakan keuntungan syarikat.
PertanyaanTelephone+603-6277 1473FAX+603-6277 3473Electronic mailGeneral Information: bestmaspastry@yahoo.com.my
|
|
Send mail to leeyin2020@gmail.com with questions or
comments about this web site. |